13.1.09

PELABURAN DI GEMILANG MIRZA....PRAAAP!!!


Praaappp......begitulah kata-kata Dr. Bangang dalam blog satiranya iaitu  http://awangbinting.blogspot.com/ mengenai gambaran kejatuhan syarikat ponzi Gemilang Mirza. Nampaknya Syarikat si Binting sudah bunting dan meletup kemarin di semua media-media nasional.  Tak lama lagi kerja polis pun akan bertambah....ialah sebab adalah orang yang kena tangkap nanti.  Bila ia? 

Dr. Bangang sendiri sudah melabuhkan tirainya selepas mengukir nama Syarikat Gemilang Mirza pada sebuah nisan. Nampaknya boleh la ditalqinkan sudah Syarikat Gemilang Mirza.

Surat Khabar dan media masa yang pernah promot Mirza Gemilang juga seperti sudah memecut melarikan diri dari Syarikat ini. Seperti yang semua tahu banyak Surat Khabar dan media masa telah beri dokongan berita untuk Syarikat ini berkali-kali sejak setahun yang lalu.  Iklan-iklan berbayar muka penuh, separuh penuh yang pernah disewa dalam beberapa surat khabar tempatan kini cuma tinggal kenangan manis untuk Syarikat si Binting ini.

Untuk melihat Surat Mati  Gemilang Mirza sila lah tengok paparan di sini.  Sudah jelas tiada nyawa lagi.Duit pelabur lesap dan hangus.  Bye-bye. Untuk pelabur-pelabur ponzi Gemilang Mirza yang masih lagi mimpi mau dapat balik duit Dr. Bangang beri priskripsi berikut:
Ramai pelabur GM yang membuat spekulasi bahawa wang mereka akan dikembalikan selepas siasatan BNM. Kami nasihatkan supaya anda jangan terlalu mudah untuk senang hati. Ada tiga perkara yang harus anda semua ketahui.
1) Tidak pernah, diulangi, TIDAK PERNAH wang mana-mana pelabur Skim Cepat Kaya dikembalikan sama ada oleh kerajaan Malaysia atau oleh pengendali skim berkenaan, bermula dengan skim Pak Man Telo sehinggalah Buluhmas dan MPSB yang telah diambil tindakan tahun lepas (tahun 2008).
2) BAFIA 1989 memberi lebih kuasa kepada BNM. Biasanya tempoh siasatan polis (reman) cuma mengambil masa 14 hari. Tetapi bagi kes skim cepat kaya, tempoh siasatannya adalah sangat panjang. Segala operasi Syarikat akan dibekukan operasi dalam masa siasatan selama 90 hari dari tarikh diserbu, sama ada disabit dan dibuktikan bersalah ataupun tidak. Ia akan dilanjutkan atau tidak bergantung kepada budi bicara pihak berkuasa. Ini mengambil masa 3 bulan!. Jadi, menurut dr. Bangang, jika siput babi sekalipun yang membuat siasatan, ia PASTI boleh mengumpul bukti kerana masa siasatan yang begitu lama.
3) Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA). Akta ini lebih menggerunkan. Jika terbukti bersalah harta pemilik ponzi akan di SITA! 
Kudos kepada Dr. Bangang.  Biar pun beliau sudah umum persaraan beliau kita semua harap dan sokong beliau teruskan kegiatan bongkar demi kebaikan rakyat Sabah yang sering jadi mangsa penipuan sejak berkurun-kurun lama.  Masih ada lagi skim yang sering jadi tanda tanya?  Baca posting saya yang dulu pasal Mutiara Hijau. Mungkin Dr. Bangang boleh buat intipan.  

Khas buat peminat si Binting yang sedang 'heart break' pergi lah ke Youtube dan dengar lagu Cinderella  Heart Break Station. Moga terubat hati yang luka.



5 comments:

TEAM B.I.O.N.I.C said...

innalillah...

Nasirudin Anjud said...

Maklumat Tambahan,

Kesian makcik kerja restoran di bawah ofis PP ni. Beliau merungut sebab ada labur duit RM 10K dengan GM tapi baru dapat RM3,500 sahaja. masih rugi RM 6,500.00

Kebanyakan daripada pelabur rugi ni adalah pelabur tingkat 5, 6 dan 7 yang dikategorikan oleh Dr. Bangang sebagai:

Si Flooder
Melabur bulan April. Ia yang barumah di topix.com anitah yang banar-banar merusak GM, lawan sana sini. Flood sana sini atutah GM jua yang rusak ahirnya pasal orang inda iski banar ulahnya atu.

Si Bangking
Melabur bulan Mei. Barutah cuba-cuba takut-takut barani sadangkan orang sudah untung.

Si Sakura
Melabur bulan Jun. Kasian banar, iatah palabur uncit yangkan dikorbankan sibinting. Takamih2 ya malawankan GM di topix.com.

Kesian Makcik Sakura tu kan......

Yang Hairan bin Ajaib lagi menurut Dr. Bangang ialah beberapa ahli politik, NGO serta personaliti kewangan yang sebelum ini kelihatan menjadi penyokong kepada GM, kini telah beralih arah setelah GM bermasalah.

Tak perlu lah disebut siapa tetapi tentulah aktiviti mereka ini akan lebih diawasi lagi oleh masyarakat pada masa akan datang.

Nasirudin Anjud said...

Nampaknya GM masih lagi belum terima kenyataan. Kononnya lepas BNM habis siasat boleh sambung operasi deposit. Kata si Binting mungkin dalam 3 atau 4 paling lama pun setahun.

Wah kalau gitu banyaklah Makcik Sakura nanti dapat dividen. Bukan saja 6 bulan tapi 12 bulan. Meletuplah begitu.

PP harap janganlah percaya si Binting mengarut. Mana mungkin BNM bagi lesen bank kepada GM. Ada 10 Along saja yang berlesen di Malaysia ni yang boleh pungut deposit kawan. Lain semua menipu ataupun Along tempiaran.

Nasirudin Anjud said...

oopps maaf,

......3 ke 4 bulan....

Nasirudin Anjud said...

Saya terima beberapa teguran daripada rakan-rakan mengenai beberapa kesalahan bahasa yang kerap terpapar.

Terima kasih kerana menegur.

Saya akui bahawa keupayaan bahasa saya agak kurang berbanding dengan penulis-penulis lain yang tersohor serta masih banyak kekurangan yang akan diperbaiki dari masa ke semasa.

Umpamanya perkataan yang saya gunakan dalam artikel ini iaitu 'promot' sepatutnya adalah promosi ataupun 'promote'. Kesalahan ini mungkin berlaku kerana saya menulis secara 'ad-hoc' (macam bidan terjun kot) atau secara impromtu (bersahaja). Maklumlah saya agak kekurangan masa maka kuranglah juga masa untuk buat 'editing'.

Oleh yang demikian, saya berjanji akan memberi yang terbaik untuk artikel akan datang.

Sekian.

Labels