
Right Honourable Dato' Seri Menteri Besar Perak
Beginilah seorang Menteri Besar lawan diperlakukan di dalam halaman
Facebook Dato' Nizar Jamaludin. Kalau begini, bilalah agaknya Rakyat Perak akan kembali kepada perdamaian?
Tentulah persepsi pertama kita apabila melihat gambar ini ialah betapa ceteknyanya pemikiran penyokong Dato' Nizar. Perlakuan politik pancuran (gutter politic) amatlah mudah dilakukan tetapi kerosakan imej kepada Dato' Nizar sukar sekali untuk diperbaiki.
Keduanya, kemungkinan ada usaha untuk melebarkan lagi persengketaan dengan paparan gambar sedemikian dan tanggungjawab adalah di bahu Dato' Seri Nizar untuk memastikan yang beliau perlu berhati-hati dalam membenarkan paparan sedemikian wujud di dalam laman FB beliau sendiri.
Bagaimanapun dari sudut positif pula, saya perhatikan insiden ini cuma satu sahaja dalam ratusan komen yang ada di situ. Yang lain tampaknya perbincangan dan komen-komen yang lebih bertamadun (civilised discussions).
Usaha penyokong Dato' Nizar untuk terus menambah sokongan terutamanya menggunakan ruangan Facebook tampak membuahkan hasil dengan pertambahan FBers yang menjadi penyokong beliau setiap hari. Beberapa rakan sekolah yang merupakan profesional-profesional juga kelihatan menjadi penyokong beliau.
Kesimpulannya, di dalam Facebook juga kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju...tetapi secara yang bertamadun! Kudos.
FB Dato' Zambery ada ke?